Kombinasi Kuning, Merah Dan Hitam Sebar Tenaga Positif, Christy Ng Lancar Kolaborasi Bersama DHL

Branded

Kombinasi Kuning, Merah Dan Hitam Sebar Tenaga Positif, Christy Ng Lancar Kolaborasi Bersama DHL

Christy Ng sememangnya kreatif dalam mencipta rekaan baru buat peminat kesayangannya. Tidak generik, setiap idea padat dengan maksud tersirat yang pastinya sukar didapati dalam rekaan jenama lain.

Sebab itulah, lahirnya kolaborasi antara Christy Ng dan perkhidmatan kurier popular iaitu DHL yang digelar koleksi ‘DHL x Christy Ng’. Excitednya!

DHL peneman setia

Tidak dinafikan kurier yang efisien itu merupakan ‘peneman’ setia rakyat Malaysia sepanjang pandemik ini. Dari jauh pun, semuanya pasti tersenyum gembira apabila melihat trak gabungan merah-kuning yang simbolik dengan jenama itu.

Menggunkan logo dengan gabungan warna menonjol itu, Christy Ng menampilkan pelbagai koleksi yang mengabadikan ciri-ciri simbolik DHL itu. Bahkan rekaan itu turut disertai dengan bil jalan udara, label bungkusan, trak penghantaran, warna jenama dan interpretasi logo.

christy ng x dhl

Warna kuning dan hitam untuk koleksi ‘DHL x Christy Ng’ bukannya hanya dipilih saja-saja, ianya menyembunyikan maksud sentimental di mana kuning bermaksud kegembiraan dan ekspresi diri manakala hitam melambangkan jalan turap tempat Christy Ng membesar. Apabila digabungkan, secara tak langsung ia bermakna wanita itu berharap agar semua terus kekal positif.

Christy Ng hargai usaha

Situasi pandemik yang turut menggoncang dunia fesyen membuatkan usahawan berjaya itu memikirkan strategi baru untuk meneruskan bisnesnya. Bukan hanya mahu menjual, namun Christy Ng turut mahu menghargai penat lelah kakitangan DHL yang membantu semua melalui masa yang gelap ini.

christy ng x dhl

Lestari tapi berkualiti

Menerusi nilai DHL yang mementingkan bisnes lestari, produksi koleksi ‘DHL x Christy Ng’ memberi fokus mengurangkan penggunaan plastik sekali-pakai selain kos yang rendah dan mampu dimiliki semua.

Kesemua produk yang ada sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, malah ianya berkualiti tinggi walaupun menerapkan konsep kelestarian. Lagi syok, pelanggan boleh memperibadikan beg dan tote beli-belah mengikut cita rasa rekaan sendiri.

Dari beg ke sepatu

Tidak terhad kepada beg sahaja, anda juga boleh dapatkan sandal dan slider di dalam koleksi ini. Malah harga untuk koleksi ‘DHL x Christy Ng’ semua sangatlah berpatutan dengan kualiti yang disediakan. Berbaloi!

Christy Ng + DHL Grocery Tote – RM49

christy ng x dhl

Christy Ng + DHL Big Tote Bag – RM149

christy ng x dhl

Christy Ng + DHL Medium Tote Bag – RM119

christy ng x dhl

Christy Ng + DHL Pouch Bag – RM99

christy ng x dhl

Christy Ng + DHL Camera Bag – RM109

christy ng x dhl

Christy Ng + DHL Slider – RM89

christy ng x dhl

Christy Ng + DHL Sandal – RM129

christy ng x dhl

Kalau anda dapatkan koleksi ini, nescaya anda adalah orang yang paling menarik perhatian di mana-mana. Di mana pun, pastinya semua mata akan tertancap ke arah anda dahulu. The light of the party gitu!

Menyerlah dengan kuning, merah dan hitam dengan koleksi ‘DHL x Christy Ng’ ini, pastinya anda akan turut ceria bersama dek gabungan warna yang positif ini.

Jangan lupa untuk serbu laman web Christy Ng untuk dapatkan koleksi ini bermula 1 Disember tahu! Edisi terhad okay semua ini, jadi bergegas untuk milikinya. Fighting!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...