Komando Mohd Daud Karim Punya Daya Survival Tinggi – Netizen

Trending

Komando Mohd Daud Karim Punya Daya Survival Tinggi – Netizen

Koperal Mohd Daud Karim, 26, dianggap Netizen sebagai seorang yang mempunyai daya survival yang tinggi kerana masih selamat walaupun dipukul teruk oleh empat orang serta digari dan dihanyutkan di sungai.

Menurut Harian Metro, beliau yang merupakan anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang dipercayai menyelam dalam tempoh yang lama dalam Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan yang dikatakan banyak buaya sebelum timbul ke permukaan dan merangkak ke tebing.

Salah seorang yang menemui dan menenangkan beliau di tebing sungai, hanya dikenali sebagai Abang J, memberitahu yang dia sedang bersarapan dengan beberapa orang penduduk kampung di sebuah kedai apabila seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun berlari memberitahu mengenai Daud.

Advertisement

Budak itu kata ada orang kena pukul dekat tepi sungai, Saya terus naik motorsikal dan menuju ke tebing sungai. Saya nampak ada dua penduduk kampung sudah berada di sisi mangsa.

Bagaimanapun, seorang pun tidak mahu menolong pegang dia. Saya kasihan melihat dia kerana kepalanya berdarah akibat beberapa luka yang panjang manakala tangannya bergari pada kaki kiri.

Sementara itu, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak dikatakan mengenali empat lelaki yang menyerangnya, juga merupakan anggota tentera. Menurut sumber tidak rasmi,  suspek utama merupakan seorang pegawai berpangkat lebih tinggi yang bekerja di tempat yang sama dengan mangsa. Mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah menaiki motorsikal setelah menghabiskan kerja perkeranian di pejabat pada pukul 1.00 pagi.

13047994_986047284812507_434093601985495861_o

Koperal Mohd Daud Karim kini dirawat di Hospital Melaka – gambar Netizen

Menurut sumber itu juga, sebaik saja mengetahui mangsa masih selamat, keempat-empat mereka telah menghilangkan diri. Mereka kini sedang diburu polis.

Gambar suspek utama juga kini tersebar meluas di Internet.

13043435_10207747091867302_538470141588151178_n

suspek utama – gambar Netizen

Pihak media cuba menemubual Daud, bagaimanapun Daud dikawal ketat oleh pihak tentera dan tidak dibenarkan bercakap dengan pemberita. Keadaannya dilaporkan stabil setelah menerima 81 jahitan di kepala.

Motif kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan cubaan membunuh. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...