Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Koleksi Turban #BeLofa Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Walaupun menerima kecaman hebat Netizen kerana melancarkan koleksi terbaru Naelofar Hijab, tinjauan di laman web Naelofar Hijab menunjukkan kesemua 45 warna dalam koleksi turban #BeLofa telah habis terjual dalam masa 24 jam selepas pelancarannya.


Advertisement

Pelancaran tudung itu di kelab malam menerima reaksi berbeza. Walaupun majoriti mengatakan melancarkan tudung di kelab malam tidak sesuai, ada yang mengatakan ia satu strategi pemasaran yang bagus. #Zouk dan #BeLofa adalah dua hastag paling trending di Twitter dan #5 trending di YouTube hari ini untuk negara Malaysia, dan tudung ini banyak diperkatakan ramai selebriti media sosial, sama ada dari sudut positif atau negatif.

Memandangkan Neelofa sendiri mengatakan di awal kemunculannya bahawa ‘bad publicity is still publicity‘, tidak dapat dipastikan sama ada strategi pemasarannya ini memang disengajakan. Ada yang menganggap PR stunt Neelofa tidak sesuai, namun ada juga mendakwa ia brilliant, dengan mengabaikan impak lain.

Secara keseluruhannya, dari segi jualan, matlamat Naelofar Hijab besar kemungkinan telah tercapai. Tahun lepas, Naelofar Hijab mencapai nilai jualan berjumlah RM 220 juta dari perniagaan di 38 buah negara. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

127 Comments

  1. Anonymous

    February 28, 2018 at 11:02 am

    spend duit beli benda mahal2 udahnya tak mengikut syariat dan mendedahkan aurat! apa cite beb? anda menggalakkan muslimah menayang aurat pada non-mahram, apa hukumnya? mampu ke nk jwb kat sana nnt? semakin maju dunia, semakin kuncup sel2 otak! nak kaya punya pasal sanggup ketepikan perintah agama

    astagfirullah…

  2. E.T?

    February 28, 2018 at 10:33 am

    masalahnya cantik ke pakai turban tu? dah mcm kepala E.T dah aku tgk org yg pakai turban.

  3. Tembikai

    February 28, 2018 at 10:32 am

    Habis sebab agent stokis yang berebut beli tu :(((((((((((((((

  4. Anonymous

    February 28, 2018 at 9:47 am

    kakak die tu duk kat KK, kawen dgn anak somebody jugak kat sane. she never mentioned bout her biological father, mungkin da takde or mungkin hilang cmtu saje.

    • akak lidi

      February 28, 2018 at 4:21 pm

      adik ipar kakak neelopak ni kawin dgn harris baba kan. mmg kaya. umah besar gila kt kk tu.

  5. Anonymous

    February 28, 2018 at 9:45 am

    turban mcm tu je pon harga rm73, blum shawl lagi yg seratus lebih yg aku bley beli kat butik mcm radiusite ke qaira hijab ke dgn harga around 70 cmtu, quality same aje aku tgk. giler ke x abes in 24hrs, kalau sorg stokis ko letak syarat wajib kena beli rm10k cmtu, dah kalau stokis ko 10 org je ko da dpt 100k, ni lagi stokis 1 msia, mau nye x berjuta, die peduli ape stokis tu dapat jual habis ke x tudung2 die, asalkan die kaya raya. patot ko amek kire stokis punya jualan if btul2 habis turban tu baru lah dibanggakan, bukan stokis simpan peruk wat pekasam dlm rak stor!!

Loading...
To Top