Walaupun menerima kecaman hebat Netizen kerana melancarkan koleksi terbaru Naelofar Hijab, tinjauan di laman web Naelofar Hijab menunjukkan kesemua 45 warna dalam koleksi turban #BeLofa telah habis terjual dalam masa 24 jam selepas pelancarannya.
Pelancaran tudung itu di kelab malam menerima reaksi berbeza. Walaupun majoriti mengatakan melancarkan tudung di kelab malam tidak sesuai, ada yang mengatakan ia satu strategi pemasaran yang bagus. #Zouk dan #BeLofa adalah dua hastag paling trending di Twitter dan #5 trending di YouTube hari ini untuk negara Malaysia, dan tudung ini banyak diperkatakan ramai selebriti media sosial, sama ada dari sudut positif atau negatif.
Memandangkan Neelofa sendiri mengatakan di awal kemunculannya bahawa ‘bad publicity is still publicity‘, tidak dapat dipastikan sama ada strategi pemasarannya ini memang disengajakan. Ada yang menganggap PR stunt Neelofa tidak sesuai, namun ada juga mendakwa ia brilliant, dengan mengabaikan impak lain.
Secara keseluruhannya, dari segi jualan, matlamat Naelofar Hijab besar kemungkinan telah tercapai. Tahun lepas, Naelofar Hijab mencapai nilai jualan berjumlah RM 220 juta dari perniagaan di 38 buah negara. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com