Beberapa hari lepas, kami ada kongsikan post tentang Lamborghini Aventador Milik Jabatan Polis Dubai. Kini kami ingin kongsikan dengan anda koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Jabatan Polis Dubai. Menurut Lieutenant General Dahi Khalfan Tamim iaitu ketua Polis Dubai “Dubai adalah satu bandar yang unik dan ia perlu dipaparkan dengan image yang menarik sebab itulah Ferrari dan Lamborghini dibeli untuk Jabatan Polis”. Boleh nampak pihak Polis Dubai ingin menonjolkan image yang mewah sesuai dengan Dubai yang dikenali sebagai bandar yang termahal di dunia.