Koleksi Hari Raya 2014 – POPLOOK

Hiburan

Koleksi Hari Raya 2014 – POPLOOK

Siapa yang tak kenal poplook.com kan? Kalau korang adalah WANITA dan peminat tegar Online Shopping, korang mesti tahu dan kenal dengan laman sesawang yang paling TOP kat Malaysia yang menyediakan kemudahan membeli-belah pakaian secara online, poplook.com. Aduhai! setiap kali masuk website ni , Mawar Putih mesti terpikat dengan fesyen-fesyen maxi, blouse dan baju kurung yang cantik-cantik dan semestinya sopan sesuai sekali dengan wanita-wanita yang berhijab .

Selain tu, poplook.com juga ada menjual maxi@long dress, skirt , tudung, shawl , beg , aksesori , tali pinggang , kasut , seluar , skirt dan banyak lagi . Lagipun poplook.com banyak menjual fesyen pakaian yang masih mengekalkan ciri-ciri muslimah.Bukan sahaja artis-artis popular seperti Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Misha Omar gemar menggayakan pakaian daripada poplook.com , malah blogger fesyen dari Malaysia dan Singapura turut memilih poplook.com untuk pakaian harian mereka. poplook.com menjadi kepercayaan selebriti-selebriti popular kerana harga yang masih berpatutan dengan kualiti fesyen-fesyen yang mengikut trend masa kini.

Advertisement

Dan tahun ni Mawar Putih sangat teruja, kerana istimewa pelancaran sempena Hari Raya Aidilfitri poplook.com memperkenalkan 2 lagi koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014Jewel and Baroque. Sebelum ni koleksi Garden dan Lace telah dikeluarkan. Jadi anda jangan terlepas untuk mendapat 2 koleksi terbaru untuk menyambut hari raya nanti. Seperti mana hebat dan cantiknya koleksi Garden dan Lace, tak kurang hebatnya koleksi Jewel and Baroque yang ditampilkan khas untuk menyerlahkan sisi kemodenan dan sofistikated namun kekal anggun dan menawan.

  • Koleksi Baroque

Kesan mewah begitu terasa ketika mengenakan koleksi baroque. Pasukan rekaan fesyen poplook.com mengambil idea daripada ekspresif seni lukisan dengan ornamen serta pola geometris. Mengambil inspirasi corak grafik yang sofistikated, ianya menyerlahkan lagi motif dan pola dramatis yang penuh berani , penuh semangat dan kemegahan. Kelasss gitu! ! Hasilnya ia akan menampakkan si pemakai tampak stylish dengan gaya moden namun kekal menawan.

  • Koleksi Jewel

Siapa yang tidak suka kepada kilauan yang sangat comel kan? Dengan Koleksi Jewel , pasukan rekaan fesyen poplook.com mengilhamkan rekaan fesyen pakaian untuk majlis perayaan yang ceria seperti berhari raya di pagi Aidilfitri. Koleksi ini menonjolkan sisi kegembiraan yang menyerlahkan lagi keyakinan sipemakai. Padanan color-block dan jewels yang dijahit tangan membantu anda nampak lebih segar dan comel !!OMG ! cantiknya , cutenya , lawanyaaa koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014 kan? Yang pasti semuanya simple tapi masih nampak menawan. Apa yang Mawar Putih suka dengan poplook.com ini ialah mereka sentiasa menyediakan pelbagai jenis rekaan fesyen baru setiap kali Hari Perayaan menjelang dan harganya juga berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Kebanyakan pakaian yang dihasilkan, direka khas mengikut spesifikasi untuk wanita muslimah yang sopan dan tidak terlalu mendedahkankan. Kombinasi warna-warna yang digunakan dalam setiap rekaan pakaian yang lembut,pastel dan warna ceria, semuanya boleh digayakan dimana saja . Kualiti pakaian pun memang best dan selesa.Nak cakap banyak-banyak kat sini pun tak habis . Apa kata korang layari poplook.com untuk maklumat lanjut . Mana tahu, poplook.com merupakan tempat yang sesuai untuk shopping baju raya nanti . Raya lambat lagi ?? Tak apa , bersedia dari awal kan lebih bagus . Lagipun kualiti baju dan servis mereka memang tip top. Hari ni Mawar Putih order, petang tu jugak diorang update status pos laju dan keesokannya tu abang posmen dah deliver depan rumah. Perghhh, cepat betul sampai. Selamat membeli-belah dan tampil lebih anggun dan menawan bersama poplook.com di pagi Syawal nanti,

Untuk informasi lanjut mengenai koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014, sila layari Website: poplook.com, LIKE Facebook: fb.com/Poplook.com, FOLLOW Twitter: twitter.com/poplookshop  dan ikuti Instagram: @poplookshop

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...