Nampaknya ada kejutan yang sangat istimewa buat penggemar dan pengumpul koleksi jam tangan G-Shock.
Bersempena dengan ulang tahun ke 40 francais robot paling popular Jepun iaitu Gundam, G-Shock telah menghasilkan koleksi edisi terhad dengan rekaan eksklusif menerapkan elemen robot Gundam.
Bukan satu atau dua tetapi terdapat empat koleksi gempak mewakili setiap model robot dengan tema yang berbeza.
RX-78-2 Gundam G-Shock
Harga pasaran : 1,390 Yuan / 23,000 Yen (RM846.44)
MS-06S Char’s Zaku II G-Shock
Harga pasaran: 1,090 Yuan/ 18,000 Yen ( RM663.75)
RX-0 Unicorn Gundam G-Shock
Harga pasaran : 1,090 Yuan / 18,000 Yen (RM663.75)
RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee G-Shock
Harga pasaran : 1,690 Yuan / 28,000 Yen (RM 1029.12)
Kesemua koleksi edisi terhad ini dijangka akan berada di pasaran sekitar pertengahan tahun ini dan hanya boleh dibeli melalui laman Taobao.com.
Francais Gundam bermula pada tahun 1979 dengan siri televisyen Suit Gundam dan berkembang menjadi manga, filem, dan permainan video. Gundam juga terkenal di seluruh dunia kerana figura “Gunpla” dan kini menduduki nombor 14 dalam senarai francais media tertinggi.