Koleksi Barang Antik Kerap Dicuri, Pemilik Nekad Tutup “Rumahku Muziumku”

Kehidupan

Koleksi Barang Antik Kerap Dicuri, Pemilik Nekad Tutup “Rumahku Muziumku”

Kepada anda semua yang berminat ingin melawat muzium “Rumahku Muziumku” di Kampung Padang Temu, Melaka, kini muzium tersebut bakal ditutup oleh pemiliknya.

Ini kerana barangan antik di muzium tersebut kerap hilang punca pemilik muzium persendirian terpaksa menutup operasinya.

Pemiliknya, Nordin Ali, 81, berkata, dia sedih dan kecewa apabila ada segelintir pengunjung sengaja membawa keluar barang antik tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Advertisement

Menurut Harian Metro, Nordin memberitahu muziumnya kerap menjadi sasaran pencuri.

Nordin berkata, pada bulan September lalu, mangkuk tembaga terapi tangan dibeli dengan harga RM1,800 lebih 10 tahun lalu dan seterika antik telah hilang.

seterika antik

Seterika antik

mangkuk tembaga

Mangkuk tembaga

Kerana kes kecurian di muziumnya, beliau nekad menutup muzium ini daripada orang ramai bagi mengelakkan ia berulang.

Selain kejadian September lalu, beberapa koleksi lain pernah hilang sebelum ini termasuk dua keris lama berusia lebih 100 tahun, kacip tembaga, kerambit, gobek tembaga, bekas kemenyan naga, tepak sirih lama dan mangga kunci Cina buatan tahun 1800.

Nordin memberitahu antara faktor-faktor barangan mereka dicuri adalah disebabkan kedudukan barangan yang diletak secara terbuka dan penglihatan agak terjejas.

Selain itu juga puncanya juga adalah disebabkan kesukaran saya dan isteri, Maznah Ali, 60 tahun mengawal selia semua koleksi berkenaan.

Muzeum yang dibuka di Melaka

Muzium yang dibuka sejak 2002 itu telah menempatkan lebih 2,500 artifak antik termasuk peti nyanyian dan radio berusia lebih 120 tahun, set pinggan mangkuk, barangan tembaga dan lampu isyarat kereta api arang batu berusia 115 tahun.

Turut dipamerkan peluru meriam tinggalan Belanda berusia lebih 1500 tahun, pelita pekerja rumah api Belanda berusia 400 tahun.

Tahukah anda, seorang pengumpul barangan antik memerlukan wang dan tenaga mereka untuk mencari koleksi yang diminati.

Sepatutnya anda semua menghargai jasa Nordin yang memberi peluang kepada anda untuk berkunjung ke muzium ini secara percuma.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...