Kalau sebut nama KFC, mesti kita akan ingat ayam. Yela, ayam KFC memang No. 1 di hati rakyat Malaysia, dengan rempah ratus yang digunakan memang akan buat korang makan sehingga menjilat jari lah.
Sebab itu tagline KFC “finger lickin’ good”. Semua menu KFC dari ayam hingga ke burger memang on top la. Bukan tu je, official merchandise KFC pun worth it jugak tau.
Korang tahu tak yang official merchandise “Aku Budak Kepci” kolaborasi antara KFC dengan Ujang dan Pestle & Mortar Clothing (PMC) kini kembali?
Kalau korang perasan di sosial media, banyak artis dan pempengaruh terkenal bergaya dengan merchandise KFC. Siap yang ada buat trend TikTok. Memang smart and stylish habis lah!
Untuk makluman korang, ini bukan kali pertama KFC keluarkan official merchandise tau. Bulan Julai haritu, KFC launching official merchandise “Aku Budak Kepci” buat kali pertama di Sunway Pyramid. Paling gempak sekali, barang sold out!
So, agak-agak korang untuk edisi kali ini apa yang KFC hidangkan buat peminat streetwear ni. Nak tahu benda apa? Let’s check out~
Dari Bucket Ayam To Bucket Hat
Kalau haritu KFC keluarkan barangan streetwear seperti jacket denim, varsity jacket, t-shirt dan juga pin dengan tema “Aku Budak Kepci”.
Untuk edisi kali ini KFC hadir dengan bucket hat dan pin enamel zink bersalut emas 24K edisi terhad dengan kerjasama KFC bersama Ujang dan PMC. Masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu “Aku Budak Kepci”.
Kami ada kata yang barangan “Aku Budak Kepci” kali ni lebih padu dan special. Nak tahu kenapa kami kata begitu?
Sebab bucket hat yang dijual mempunyai 2 design dalam satu. Pening kan?
Sebenarnya, bahagian dalam dan luar bucket hat mempunyai design yang berlainan. Berbeza dengan bucket hat yang ada di pasaran, hanya mempunyai satu variasi sahaja.
Nak bergaya dengan bucket hat KFC edisi terhad ni pun senang je. Cuma perlu pusingkan bucket hat mengikut design yang korang nak dan pose with style!
Tengoklah macam Ucop, siap boleh buat fashion show dengan bucket hat KFC tau. Dengan harga RM 29.90 sahaja, korang boleh bergaya dan style macam model. Berbaloi kan?
Dah la harga murah, siap dengan kolaborasi bersama Ujang dan PMC, memang betul-betul berbaloi la. Ish, rugi lah kalau korang tak dapatkan!
Pin “Aku Budak Kepci” Upgrade Next Level
Kalau korang perasan edisi lepas, bagi pin banyak pilihan yang korang boleh dapat. Tapi tidak untuk edisi terbaru “Aku Budak Kepci” kali ini.
Pin enamel zink untuk edisi kali ini berbeza dengan keluaran pada bulan Julai lepas. Ia hadir dalam satu design sahaja serta disaluti emas 24k yang memberi pantulan cahaya.
Tengok macam Qistina, mengayakan pin enamel zink pada baju. Dah la lawa, ditambah pula dengan official merchandise KFC, lagi extra menawan!
Selain pin pada baju, korang juga boleh mengayakan pada topi dan juga beg, confirm dari jauh boleh nampak. Korang akan rasa bergaya serta mewah bila memaki pin ni tau. Memang style habislah!
Harga bagi pin enamel zink ni cuma RM15 sahaja tau. Macam tak logik kan? Tapi itulah yang ditawarkan KFC untuk korang.
Jadi make sure, korang dapatkan kesemua barangan ekslusif KFC sementara stok masih ada dan bergaya seperti artis kesayangan korang.
Jom Serbu KFC Di Seluruh Malaysia!
Haa, mesti korang tertanya kan nak dapat barangan eksklusif KFC di mana? Kalau hari tu cuma dijual di Sunway Pyramid sahaja, kali ini tak ya!
Korang boleh dapatkan di semua restoran KFC di seluruh Malaysia. Jadi tak perlu korang susah travel ke mana-mana tempat, cuma beratur di KFC je. Make sure korang jadi yang terawal memiliki barangan eksklusif “Aku Budak Kepci” edisi terhad. Siapa cepat, dia dapat!
Sementara stok masih ada, jom kita serbu KFC mulai hari ini dan bergaya dengan barangan eksklusif KFC!
Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan info terkini KFC, layari laman rasmi KFC di Facebook dan Instagram.