Kolaborasi Watsons Bersama Cantopop Super Boy Band MIRROR Galak Masyarakat Amal Gaya Hidup Sihat

Gaya Hidup

Kolaborasi Watsons Bersama Cantopop Super Boy Band MIRROR Galak Masyarakat Amal Gaya Hidup Sihat

Bagi menjaga kelestarian alam sekitar, Watsons baru-baru ini telah melancarkan kempen GO GREEN dengan usaha sama bersama MIRROR. 

Kempen ini bertujuan memberi inspirasi kepada 18 juta ahli Watsons untuk sama-sama memupuk gaya hidup Go Green, merentasi 4 negara Asia termasuk Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan Singapore! Wow, idea yang bagus ni!

Advertisement

Usaha Sama Dengan MIRROR,  Pupuk Amalan Go Green

Kalau korang nak tahu, MIRROR merupakan kumpulan boygroup yang berasal daripada Hong Kong yang ditubuhkan pada 2018. 

Buat julung kalinya, Watsons telah bekerjasama dengan MIRROR bagi menggalakkan peminat dan juga pelanggan Watsons untuk melakukan perkara positif dalam melestarikan alam sekitar. 

“Let’s Go Green with MIRROR” Beri Peluang Pada Masyarakat Melestarikan Alam Sekitar

Seiring dengan usaha “GO GREEN”, Watsons juga memberi peluang kepada korang untuk bersama-sama melestarikan alam dengan “Let’s Go Green with Mirror”. Antara aktivitinya ialah muat naik gambar misi program ini dan menanam pokok secara alam maya dengan syarat korang berjaya selesaikan ketiga-tiga misi  untuk memenangi ganjaran  dengan konsep kelestarian alam pada 24 Mac 2023. Korang boleh join program ini di halaman aplikasi Watsons Malaysia.

Lagi best, korang juga berpeluang untuk memenangi “Go Green with Watsons Beauty Box” bersama-sama dengan produk paling laris iaitu pencuci muka Korea Beplain dan pelitup muka yang bernilai lebih dari RM200! 

Macam mana nak menang? Mudah je

1. Ambil gambar pada papan iklan “Go Green with Mirror” yang berada di Pavilion Kuala Lumpur

2. Muat naik gambar tersebut pada akaun Facebook atau Instagram masing-masing

3. Jangan lupa hashtag #GoGreenWithWatsons & #GoGreenWithMirror

Taman Hijau Rendah Karbon Secara Alam Maya

Pernah tak korang terfikir, macam mana agaknya kalau tanaman hijau ni dilakukan secara alam maya? Haa, kalau korang nak tahu, usaha Watsons untuk memupuk amalan ‘hijau’ dalam diri masyarakat ni bukan biasa-biasa tau!

Watsons telah  mencipta satu permainan yang membolehkan ahli Watsons mencipta Taman Hijau secara alam maya. Canggihnya! 

Antara aktiviti yang terdapat dalam siri permainan ini seperti menyelesaikan tugasan amalan ‘hijau’ seperti menjawab soalan mudah atau muat naik gambar berkaitan amalan ‘hijau’ pada platform media sosial masing-masing selama 6 minggu. 

Oleh itu, pelanggan Watsons dapat menerapkan amalan melestarikan alam melalui “Skip it” (Kurangkan), “Bring it” (Guna Semula) dan “Keep it” (Kitar semula). Aplikasi tersebut kemudian akan menganggarkan penjimatan pelepasan karbon untuk setiap tugas hijau. Setelah itu, Watsons akan menyumbangkan projek penanaman pokok yang berkaitan. Bagusnya!

Cabaran #GoGreenMirrorDance,  Berkonsepkan Gaya Hidup Yang Lebih ‘Hijau’

Korang yang pelanggan Watsons juga boleh join Cabaran #GoGreenMirrorDance di media sosial Watsons. Sambil dengar lagu “Go Green” dari MIRROR boleh la praktis untuk challenge ni jugak!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh muat turun aplikasi Watsons di Google Play Store serta Apple Store dan sama-sama melestarikan alam bersama dengan MIRROR!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...