Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur telah dialihkan kembali ke Melbourne kerana ‘ganguan penumpang’.
Menurut kenyataan MAS, penerbangan itu kembali semula ke Melbourne selepas kapten kapal yang bertugas dimaklumkan oleh krew kabin terdapat penumpang yang cuba memasuki kokpit pesawat.
Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 23:11 dan dijadual tiba Kuala Lumpur jam 05:28 pada 1 Jun kini berpatah balik ke Melbourne selepas kapten kapal yang beroperasi telah dimaklumkan oleh krew kabin ada penumpang cuba memasuki kokpit.
“Keselamatan adalah keutamaan utama Malaysia Airlines,” lapor kenyataan itu.
MH128 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11:41. Pesawat itu kini sedang menunggu bantuan keselamatan tiba di pesawat.
Malaysia Airlines' respond on #MH128 from MEL to KUL pic.twitter.com/lmCNFenGcU
— Malik Ridhwan (@MalikRidhwan) May 31, 2017
#AWANInews Malaysia Airlines flight #MH128 from Melbourne to KL diverted due to 'disruptive' passengerhttps://t.co/qQeuTohgqH pic.twitter.com/2MWsewu41X
— Astro AWANI (@501Awani) May 31, 2017
Sumber : Astro Awani