Pelakon terkenal, Anna Jobling, menarik perhatian ramai selepas memuat naik semula (repost) sebuah video TikTok bertajuk ‘How To Handle A Narcissist, Smear Campaign’.
Video tersebut menerangkan cara menghadapi individu yang bersifat narsisis, kesan tingkah laku mereka terhadap orang lain, serta langkah yang boleh diambil untuk mengatasi situasi tersebut.
Video asalnya dimuat naik tahun lalu, namun repost oleh Anna baru-baru ini menimbulkan pelbagai tafsiran dalam kalangan netizen. Kejadian ini turut berkait rapat dengan kemelut antara Anna dan ibu kandungnya, Ariz Arop, yang semakin memanas selepas Ariz berkongsi luahan perasaan penuh emosi di media sosial.
Sebelum ini, tular video di mana Ariz mendakwa dia dihina oleh Anna, termasuk dipanggil dengan kata-kata kesat dan dihalau keluar dari kereta oleh peguam Anna.
Pada Ahad lalu, Ariz memuat naik gambar di balai polis, menimbulkan spekulasi bahawa dia membuat laporan mengenai perintah injunksi yang difailkan oleh Anna terhadapnya.