Super 8 merupakan kamera keluaran Kodak yang popular. Mula dijual pada tahun 1965, ia memberi inspirasi dan kelainan kepada pengarah untuk menghasilkan karya yang unik. Melalui kenyataan akhbar pada 5 januari lalu. Syarikat gergasi Amerika ini akan mengeluarkan kembali model Super 8 yang diberikan nafas baru dengan menambah beberapa fungsi yang sesuai dengan peredaran teknologi sekarang. Untuk memberi wajah baru kepada Super 8, kodah telah berkerjasama dengan pereka dari Swiss iaitu Yves Béhar untuk mengubah Super 8 kepada rekaan yang lebih moden. Buat masa ini, hanya fungsi HDMI dan SD card sahaja yang diketahui ada pada Super 8 baru ini. Ia akan dikeluarkan dengan variasi warna hitam dan putih.
Harga untuk Super 8 edisi baru ini dijangka dijual pada RM2080 dan RM3090.