Pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik, Mierul Aiman telah mencuri perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik foto untuk kempen model sebuah jenama terkenal.
Dalam foto tersebut, juara Hero Remaja 2021 ini dilihat memuat foto dia menjadi model untuk muka depan majalah ‘Glam Lelaki’ dengan fesyen terbaru buat tatapan peminat.
Namun begitu, perkongsian tersebut telah membuatkan peminat Mierul sedikit kecewa kerana gaya pelakon drama High Council itu yang didakwa seperti menyimpang dan feminin.
Kata peminat, Mierul kini sudah berubah dan mengecam ‘stylist’ yang menggayakan pelakon itu dalam penerbitan majalah berkenaan.
Bang, ko ni makin hari makin pelik la.
Siapa stylist dia, buruk! Budak Mierul ni elok keras, kau stailkan dia jadi gayah macam kau.