Selepas lama mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan selama beberapa minggu tentang kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan Bella Astillah dan isu kecurangannya, penyanyi Aliff Aziz akhrinya tampil bersuara.
Menerusi satu podcast yang dimuat naik semalam di Youtube dan kini sudah tular di laman media sosial lain, Aliff menjawab beberapa soalan diajukan kepadanya membabitkan kontroversi serta tentang Bella Astillah, Ruhainies dan juga Sarah Yasmine.
Jangan lupa, dia seorang pelakon
Bagaimanapun, rata-rata netizen di media sosial dilihat seperti sudah malas hendak melayan drama malah turut tidak mempercayai kata-kata pelakon dari Singapura tersebut.
Ramai netizen mengingatkan bahawa Aliff adalah seorang pelakon dan jangan mudah tertipu atau percaya dengan kenyataan diberikan olehnya.
Bukan itu sahaja, netizen masih tidak boleh lupa tentang perbualannya dengan Ruhainies di Whatsapp yang tular sebelum ini di mana mereka berdua bercakap buruk serta mengutuk Bella Astillah.
Dalam pada itu, ada yang mendakwa Aliff adalah contoh seorang individu yang menghidap narcissistic personality disorder atau NPD berdasarkan caranya melayan dan mempunyai ramai wanita simpanan di belakang isterinya.
Ok pada yg x faham apa tu love bombing? Camne NPD Hoovering their ex’s atau bahasa lain cara dia nk kawal & simpan supply banyak2….. Ni la contohnya… Mcm Aliff Aziz ckp dia layan wife dia mcm princess was actually he fear to abandonment… Ni la contoh besar Narcissistic… pic.twitter.com/vCU24Thtg8
— ᴵᵗ’ˢ ᵐʸ ᵈⁱᵃʳʸ (@Perempuanpsycho) May 2, 2024
Minta maaf sebab kantoi je, pergilah minta maaf dekat Bella
Sesetengah netizen berkata Aliff rasa bersalah dan meminta maaf hanya kerana tindak tanduknya sudah diketahui malah ada yang mengkritiknya dan berkata bapa kepada dua anak itu sepatutnya memohon maaf kepada isterinya dan keluarga mentua secara peribadi.