“Ko Dah Lekat Ke Nyahhhh??” Diva Azwan Ali Perli Di Twitter, Zizi Kirana Tak Kecil Hati

Hiburan

“Ko Dah Lekat Ke Nyahhhh??” Diva Azwan Ali Perli Di Twitter, Zizi Kirana Tak Kecil Hati

Penyanyi Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia tidak berasa kecil hati atau tersinggung dengan hantaran twit yang dibuat pengacara popular, Azwan Ali yang mempersoalkan sama ada dia kini sudah berbadan dua.

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana
3 years ago

Aww So Sweet... Zizi Kirana Dedah Yusuf Bahrin Larang Dirinya Buat Kerja-Kerja Berat

Advertisement

Kata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini lagi, dia menganggap status Azwan Ali itu sebagai satu doa buat dirinya agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Malah, ujarnya lagi, dia menganggap Azwan sebagai seorang yang kelakar apabila pengacara itu menulis “Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau! Kannz? Dapat pucuk muda? Laju ek ko? Ko ghase??” di laman sosial Twitter miliknya.

Sejujurnya,saya tak ada pun terasa hati atau kecil hati dengan status Diva AA itu, Malah saya rasa dia seorang yang kelakar. Tak ada apa pun nak dimarahkan dengan kata-kata dia. Lagipun bagi saya kata-kata itu satu doa. Mungkin dia mendoakan saya untuk dikurniakan zuriat.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Yusuf Bahrin melarang isterinya itu mengangkat benda-benda berat selepas mereka mendirikan rumah tangga sehingga membuatkan Zizi berasa kekok.

Azwan Haji Ali Zizi KiranaSumber : Twitter Diva AA  

Ia kemudian menjadi tumpuan peminat termasuklah Azwan Ali.

Zizi dalam pada itu tampil menafikan dirinya kini hamil berikutan Yusuf melarang dia membuat perkara-perkara tersebut.

“Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat..” jelas Zizi yang dihubungi sebuah media, hari ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...