“Ko Buat Cara Kau, Aku Buat Cara Aku” – Dr Say Shazril Tempelak Sikap Orang Kutuk Amalkan BLM

Kehidupan

“Ko Buat Cara Kau, Aku Buat Cara Aku” – Dr Say Shazril Tempelak Sikap Orang Kutuk Amalkan BLM

Pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril, mencuri perhatian selepas menegur salah faham segelintir pihak yang menganggap ibu bapa tidak bertanggungjawab apabila membiarkan anak kecil makan sendiri.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Dr Say menjelaskan konsep sebenar Baby Led Weaning (BLW) yang menurutnya masih ramai keliru dan tidak memahami cara pelaksanaannya. Katanya, bayi berusia enam bulan ke atas sebenarnya sudah boleh mula makan sendiri asalkan mereka mampu duduk tegak dan mengawal pergerakan mulut dengan baik.

Advertisement

Mungkin ada yang tak pernah dengar Baby Led Weaning atau BLW. BLW adalah biar anak makan sendiri.

Bila bayi dah 6 bulan ke atas, dah boleh duduk tegak dengan sendirinya, dan kawal pergerakan mulut, kita boleh ajar anak makan makanan lembut dengan saiz yang selamat dengan sendirinya.

Biar dia ambil sendiri, rasa sendiri dan kunyah. Yang penting kita sebagai ibu bapa kena pantau.

Menurut Dr Say, BLW mempunyai kebaikan seperti membantu anak membina koordinasi tangan dan mulut dengan cepat, meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran fine motor, selain membantu mengurangkan risiko menjadi picky eater.

Namun, beliau mengakui kaedah ini juga ada kelemahan seperti risiko tercekik, keadaan menjadi bersepah serta tidak sesuai untuk semua bayi, terutamanya bayi pramatang atau yang mempunyai masalah otot mulut.

Dr Say berharap penjelasan ini dapat membuka mata orang ramai bahawa BLW bukan bermaksud ibu bapa cuai, tetapi satu kaedah perkembangan yang boleh diamalkan dengan syarat dipantau sepenuhnya serta dilakukan mengikut kesesuaian anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah AMin amira othman
2025-11-18 13:48:49

"Tiga Doktor Pakar Bagitahu.." - Amira Othman Kongsi Keadaan Terkini Setelah Dimasukkan Ke Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...