“Knuckle Ball” Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia, Cetus Fenomena

Trending

“Knuckle Ball” Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia, Cetus Fenomena

faiz-subri-goal-malaysia

Pemain pasukan Pulau Pinang, Faiz Subri mencuri tumpuan dunia dan viral apabila sepakan percuma yang diambil olehnya melencong dengan unik sebelum menerjah pintu gol pasukan Pahang dalam perlawanan malam semalam.

Advertisement

Laporan dari thesportbibile turut menyifatkan sepakan tersebut ‘mungkin’ telah memenangi anugerah puskas; satu anugerah untuk gol cantik; dengan mudahnya.

Lebih menarik, laporan tersebut juga telah dimuatnaik di laman Facebooknya dan menerima lebih 10,000 ‘likes’ dan lebih 2,000 perkongsian serta lebih 3,000 komen.

Screen Shot 2016-02-17 at 3.18.53 AM

Selain itu, gol tersebut juga turut di portal sukan eurosport.co.uk yang menyifatkan gol tersebut sebagai luar biasa.

Sepakan percuma itu, yang disertakan dengan lencongan dan bisa yang mana akan dibanggakan (jika diambil oleh)Roberto Carlos, kelihatan seolah-olah ingin ke arah satu penjuru sebelum pergi ke arah yang lain“, tulis portal tersebut

Selain itu, gol tersebut juga turut mendapat perhatian beberapa portal bahasa inggeris yanglain.

Gol Faiz Subri itu juga turut mendapat liputan dari portal-portal sukan negara Bosnia dan juga Sepanyol.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...