Tidak cukup dengan beban kes positif COVID-19 yang mendadak di Malaysia, kini sebuah kluster baru “Kluster Bah Bercham” telah dikenalpasti.
Seorang penumpang didapati gagal melalui kamera pengesan setelah tiba di KLIA
Berdasarkan SOP pemeriksaan kesihatan di KLIA, semua penumpang yang mendarat dari Sabah diwajibkan mendaftar di kaunter. Setelah itu, setiap individu diwajibkan memakai gelang kuarantin dan mematuhi Home Surveillance Order (HSO) selama 14 hari.
Jika mengikuti SOP yang ditetapkan, penumpang tersebut tidak sepatutnya “terlepas” begitu sahaja.
Siasatan lanjut mendapati bahawa individu tersebut telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Sabah 3 hari sebelum pulang ke Semenanjung. Keputusan tersebut didapati negatif.
Ini mungkin sebabnya beliau tidak menjalani pemeriksaan seperti penumpang yang lain
4 kluster baharu dilaporkan membabitkan 110 kes baharu positif COVID-19.
Kesemua kluster masing-masing dilaporkan di Selangor, KL, Perak dan Johor.#kkm pic.twitter.com/Ir2LBNEcy9
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 19, 2020
Susulan dari kes ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham telah mengarahkan kesemua SOP di KLIA diketatkan.
Siasatan masih lagi dijlankan untuk memastikan punca sebenar lelaki tersebut berjaya melepasi pemeriksaan kesihatan di KLIA.