KLIA3 Akan Dibina Untuk Tampung Jumlah Penumpang Yang Semakin Meningkat

Travel

KLIA3 Akan Dibina Untuk Tampung Jumlah Penumpang Yang Semakin Meningkat

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka akan mendapat terminal baharu dan peningkatan kapasiti untuk menampung jumlah penumpang yang kian meningkat.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya sedang mempertimbang beberapa projek pembesaran KLIA oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Advertisement

Anthony Loke

Memetik dari The Star, antara cadangan pembesaran jangka panjang ini termasuklah projek peningkatan secara berperingkat bagi KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA Terminal 2 (T2).

Projek ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti T1 hampir dua kali ganda dari 30 juta penumpang setahun (mppa) kepada 59 mppa, manakala kapasiti T2 pula akan meningkat dari 45 mppa kepada 67 mppa.

 

MAHB turut mempertimbangkan untuk membangunkan landasan keempat serta Terminal 3 (T3) di KLIA pada masa hadapan.

Keseluruhan pelan pembesaran jangka panjang ini dianggarkan mampu meningkatkan kapasiti KLIA kepada 140 juta penumpang setahun (mppa) dan menambah jumlah pergerakan pesawat setiap jam daripada 108 kepada 154.

Bakal bina terminal untuk para jemaah haji dan umrah

Kementerian itu juga memaklumkan bahawa MAHB merancang untuk membina dua terminal baharu, iaitu terminal premium dan persendirian (PPT) serta terminal khas untuk jemaah haji dan umrah.

Terminal premium ini dijangka mampu menampung sehingga 100 penumpang dalam satu masa dan dirancang untuk mula beroperasi pada tahun hadapan. Terminal haji dan umrah pula dirancang untuk mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun.

klia

Setelah terminal (beroperasi), semakan pra-pelepasan imigresen oleh kerajaan Arab Saudi akan dijalankan di KLIA.

 

Ini akan menjimatkan masa penumpang di mana-mana lapangan terbang destinasi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Arab Saudi.

 

Bagaimanapun, cadangan ini hanya boleh dilaksanakan oleh MAHB tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi untuk memberi kemudahan pra-pelepasan.

Untuk penyelesaian jangka pendek, MAHB telah memulakan langkah pengoptimuman T1, termasuk pemindahan syarikat penerbangan ke T2.

Selain itu, pemasangan kiosk kemudahan kendiri, penambahan 20 gerbang automatik, serta penambahbaikan pengurusan trafik dan pekerja asing yang dijangka siap akhir tahun ini.

Anthony Loke berkata sedemikian semasa sesi Dewan Rakyat menjawab pertanyaan oleh YB Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang), mengenai pelan jangka pendek dan panjang kerajaan untuk memperbaiki atau membesarkan KLIA bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan serantau dan antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

bawa adik naik pesawat ringan pusing KL selama 30 minit
22 hours ago

Terbang Kelilingi Kuala Lumpur Dari Lapangan Terbang Subang Serendah RM800

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...