KLIA Antara Lapangan Terbang Paling Banyak Dihubungkan Di Dunia

Trending

KLIA Antara Lapangan Terbang Paling Banyak Dihubungkan Di Dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersenarai sebagai salah satu lapangan terbang yang paling banyak dihubungkan di Asia Pasifik apabila menduduki tempat ke tiga selepas lapangan terbang Changi Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta.

Advertisement

Manakala, KLIA berada ditempat ke 12 di antara 20 lapangan terbang yang paling banyak dihubungkan di seluruh dunia mengikut Indeks Megahab Antarabangsa OAG 2018Paling menarik, Lapangan terbang di Asia Tenggara terus menguasai penyambungan penerbangan tambang murah.

Lima Megahab Utama Yang Paling Dihubungkan di Asia Pasifik:

Changi Singapura – ke-8
Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta – ke-10
Antarabangsa Kuala Lumpur – ke-12
Antarabangsa Hong Kong – ke-13
Suvarnabhumi Bangkok – ke-14

Indeks berkenaan menempatkan lapangan terbang mengikut nisbah paling tinggi bagi sambungan antarabangsa yang dijadualkan dengan jumlah destinasi yang ditawarkan.

Sumber: NST

Ini bermakna, orang ramai boleh mengakses dan pergi ke pelbagai destinasi antarabangsa dengan jadual penerbangan yang banyak daripada lapangan terbang yang tersenarai.

Dalam bahagian Megahab Kos Rendah Antarabangsa, pembangunan prasarana lapangan terbang kos rendah, pengembangan rangkaian laluan dan pertumbuhan kapasiti tempat duduk, membolehkan KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta Soekarno-Hatta dan Lapangan Terbang Changi Singapura untuk mengekalkan kedudukan tiga tertinggi di dunia.

Walau bagaimanapun, pandangan dunia akan mula beralih ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing, yang dijadualkan dibuka sebagai lapangan terbang terbesar dunia pada tahun 2019.

“Permintaan yang mantap untuk perjalanan udara antarabangsa kini membuat Asia Pasifik sebagai satu kawasan utama bagi menyambung penerbangan. Penguasaan Asia jelas kelihatan tetapi kami mungkin melihat beberapa pergerakan yang menarik apabila lapangan terbang Beijing yang baharu dibuka nanti.”

OAG, syarikat pengumpulan dan rangkaian data berkaitan penerbangan udara terbesar di dunia termasuk pangkalan data jadual yang paling sahih bagi lebih daripada 980 syarikat penerbangan dan pangkalan data maklumat status penerbangan yang paling meluas di pasaran, dengan menjejaki 96% daripada penerbangan komersial.

Sumber: BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...