Pelakon drama popular, Nad Zainal dilaporkan telah menamakan anak kedua yang baru dilahirkan pada 30 Mac lalu sebagai Budi Kalsom.
View this post on Instagram
Perkara tersebut dikongsikan Nad menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.
Meskipun belum mendedahkan jantina bayi keduanya itu, Nad difahamkan memanggil anaknya itu dengan nama timangan Cik Som.
View this post on Instagram
“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi, selamat hadir dalam hidup kami.” tulisnya di bahagian kapsyen.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji keindahan nama permata hati baru pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sebelum dia menutup ruangan komen kemudiannya.
View this post on Instagram
Sekadar info, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.