Klasik Dan Unik, Bakul Piknik Ini Rupanya Sebuah Hotel Di Ohio

Kehidupan

Klasik Dan Unik, Bakul Piknik Ini Rupanya Sebuah Hotel Di Ohio

Dari jauh kelihatan seperti bakul piknik gergasi, tetapi ianya adalah sebuah hotel yang unik di Ohio, Amerika Syarikat.

Klasik dan unik! bangunan tujuh tingkat tersebut bakal melalui transformasi dan diubah menjadi sebuah hotel mewah dengan dilengkapi 150 bilik!

Advertisement

Ia ternyata berlainan daripada bangunan hotel mewah lain yang biasanya mempunyai reka bentuk moden ataupun ciri-ciri klasik untuk menonjolkan elemen classy.

Hotel bakul

Pemaju projek ini akan mengekalkan reka bentuk asal dan menjangkakan hotel tersebut dibuka pada 2020.

Bangunan unik yang terletak di kota Newark ini dahulunya dimiliki oleh sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Company.

Kini bangunan itu dimiliki oleh pemaju hartanah Steve Coon dan rakan perniagaannya, Bobby George.
dahulunya sebuah kilang

Coon berkata syarikatnya, Coon Restoration & Sealants merancang untuk menjadikannya sebuah hotel pada tahun depan.

Kami mempertimbangkan semuanya, tetapi nilai terbaik adalah sebuah hotel.

Ini akan kekal dengan bentuk bakul. Ia akan menjadi bakul selama-lamanya.

 

Pasti ramai bakal mengunjungi hotel untuk bergambar dengan bakul piknik gergasi ini.

Sumber: Dailymail Uk

 

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...