Dari jauh kelihatan seperti bakul piknik gergasi, tetapi ianya adalah sebuah hotel yang unik di Ohio, Amerika Syarikat.
Klasik dan unik! bangunan tujuh tingkat tersebut bakal melalui transformasi dan diubah menjadi sebuah hotel mewah dengan dilengkapi 150 bilik!
Ia ternyata berlainan daripada bangunan hotel mewah lain yang biasanya mempunyai reka bentuk moden ataupun ciri-ciri klasik untuk menonjolkan elemen classy.
Pemaju projek ini akan mengekalkan reka bentuk asal dan menjangkakan hotel tersebut dibuka pada 2020.
Bangunan unik yang terletak di kota Newark ini dahulunya dimiliki oleh sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Company.
Kini bangunan itu dimiliki oleh pemaju hartanah Steve Coon dan rakan perniagaannya, Bobby George.
Coon berkata syarikatnya, Coon Restoration & Sealants merancang untuk menjadikannya sebuah hotel pada tahun depan.
Kami mempertimbangkan semuanya, tetapi nilai terbaik adalah sebuah hotel.
Ini akan kekal dengan bentuk bakul. Ia akan menjadi bakul selama-lamanya.
Pasti ramai bakal mengunjungi hotel untuk bergambar dengan bakul piknik gergasi ini.
Sumber: Dailymail Uk