KKM Umumkan 125 Kes Terbaru COVID-19, Jumlah Keseluruhan 553 Kes Setakat Ini

COVID-19

KKM Umumkan 125 Kes Terbaru COVID-19, Jumlah Keseluruhan 553 Kes Setakat Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja mengesahkan sebanyak 125 kes baharu yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 553 kes setakat ini. KKM berkata, 95 daripada 125 kes ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Setakat ini 511 kes sedang dirawat (termasuk 12 kes di unit rawatan rapi (ICU), manakala 42 kes telah sembuh. Menurut KKM juga, KKM kini telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia.

Advertisement

KKM

Lebih 800 jururawat baru akan diambil oleh KKM sebagai persediaan menghadapi kemungkinan penularan jangkitan menjadi lebih serius. Jururawat secara lantikan kontrak dua tahun ini adalah lepasan institut latihan KKM.  Semalam, sebanyak 190 kes baru diterima kebanyakannya berkait ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling.

Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan mengikut perintah pemerhatian Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana yang terkemudian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...