Difahamkan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah pun mengetahui mengenai kesan sampingan vaksin COVID-19, AstraZeneca.
KKM tahu kesan sampingan AstraZeneca
Namun begitu, dia berkata penggunaan vaksin tersebut perlu diteruskan kerana kadar kematian pesakit hidap COVID-19 di kalangan masyarakat kian meningkat.
Malah katanya, stok vaksin pada ketika itu juga tidak mencukupi.
VAKSIN ASTRA ZENECA DAN KESAN SAMPING DARAH BEKU
Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT ).
Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning… pic.twitter.com/HGUAXXpRcw
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 27, 2024
Kesan sampingan yang dikatakan adalah darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT).
Perkara ini hanya berlaku dalam sela masa empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksinasi. KKM waktu itu telah menerima laporan tersebut.
Dalam pada itu, DG Hisham turut meminta orang ramai untuk tidak terlalu risau memikirkan tentang kesan sampingan ini kerana vaksinasi terakhir AstraZeneca sudah pun berlalu bertahun lamanya.
Tambahannya lagi, kes yang diwar-warkan di United Kingdom mengenai kesan sampingan vaksin AstraZeneca itu berlaku ketika pandemik COVID-19.