KKM Sambung Kontrak Pegawai Perubatan, Tambah Sukarelawan

COVID-19

KKM Sambung Kontrak Pegawai Perubatan, Tambah Sukarelawan

Kes positif Covid-19 yang semakin meningkat sehingga mencecah 9,000 kes harian telah menimbulkan rasa bimbang orang ramai. Petugas barisan hadapan juga sudah lelah apabila semakin ramai pesakit kritikal memerlukan rawatan segera.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, menerusi laporan Harian Metro berkata, pelbagai usaha dan inisiatif diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi petugas kesihatan.

Advertisement

Ramai (petugas kesihatan) yang tengah berjuang dan bergelumang dengan Covid-19, tetapi kes tidak turun sehingga menyebabkan (mereka) keletihan.

Bagi meredakannya, kebanyakan pegawai perubatan kontrak akan disambung lagi kontrak mereka dan bilangan sukarelawan akan ditambah untuk membantu hospital-hospital yang berdepan dengan peningkatan kes mendadak.

Dr Noor Azmi yang ditemui ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang berkata, hospital medan akan dibina di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berikutan kes mendadak di Lembah Klang. Selain itu, pihaknya akan menambah bilangan katil dan pegawai perubatan.

dr noor azmi

Foto: Harian Metro/Danial Saad

Jelasnya, kerajaan sudah ambil tindakan pantas dengan memperkasakan Hospital Covid, Hospital Hibrid, Hospital Universiti dan juga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dengan menambah bilangan katil, unit rawatan rapi (ICU), meningkatkan peralatan perubatan dan gerakan kakitangan berpengalaman merawat pesakit.

Menurutnya lagi, KKM berusaha sedaya upaya mengurangkan kes Covid-19 serta meningkatkan pemberian vaksin untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

Jika sebelum ini sasaran suntikan vaksin adalah sebanyak 300,000 dos sehari, namun kini sudah mencapai 370,000 dos di seluruh PPV.

Berkenaan pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap, isu kini berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada Kabinet selewat-lewatnya bulan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...