Tular semalam mengenai pendedahan seorang individu yang menunjukkan peniaga meletakkan bahan makanan berupa ‘lokching’ semalaman kerana tidak habis untuk dijual pada keesokan hari.
Difahamkan, gerai itu terlekat di Bazar Ramadan Stadium Cheras di Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Dalam video itu, produk jualan seperti sosej dan bebola ayam dilihat diletakkan di dalam bakul raga sebelum ditutup dengan kanvas viru.
Sesudah itu, makanan yang ditutup kanvas itu diletakkan pula dengan kerusi plastik sebagai pemberat agar tidak terbang pelapik berkenaan.
Video itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang kecaman orang ramai.
Ia sekaligus menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia dan difahamkan agensi itu telah membuat serbuan di lokasi berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
“Aku nampak KKM dah buat pemeriksaan dekat tapak bazar ni. Aku duduk area sini, mantap, laju KKM buat kerja.” komen seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.