KKM Nafi Hospital Serdang Beri Vaksin Covid-19 Kepada ‘Infuencer’ Terlebih Dahulu

COVID-19

KKM Nafi Hospital Serdang Beri Vaksin Covid-19 Kepada ‘Infuencer’ Terlebih Dahulu

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan laporan berita yang mengatakan golongan ‘influencer’ akan mendapat vaksin Covid-19 dan menyatakan ianya palsu dan tidak benar.

Advertisement

Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bagi menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak hospital bercadang untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada ketua jabatan klinikal dan frontliners yang lain.

Ini kerana, ketua jabatan klinikal juga terdedah kepada risiko virus Covid-19 kerana mereka merupakan pakar perunding klinikal di bidang masing-masing yang kerap mempunyai kontak rapat dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugas.

Pemberian vaksin Covid-19 akan diberikan mengikut keutamaan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini dan isu ‘memotong barisan’ untuk mendapatkan vaksin tidak dibenarkan sama sekali

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...