Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang meneliti cadangan bagi mengenakan tindakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara kepada individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa dua bentuk hukuman itu kini sedang dipertimbangkan dan dibincangkan pelaksanaannya sebelum kerajaan dapat mewajibkan pemakaian pelitup muka.
Menurutnya, pengenalan dua hukuman itu termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Di mana individu yang berada di tempat awam, haruslah memakai pelitup muka sekiranya penjarakan sosial sukar dijalankan.
“Kalau kita wajibkan dalam Akta 342, jadi kita akan pertimbangkan setiap individu akan dikenakan denda RM 1,000 atau pun boleh dipenjarakan kalau tidak memakai pelitup muka.”
Kerajaan akan meneliti mengenai perkara ini, sebelum pelaksanaan bagi mewajibkan pemakaian pelitup muka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.