KKM Melabelkan 6 Kawasan Mempunyai Lebih 40 Kes COVID-19 Sebagai Zon Merah

COVID-19

KKM Melabelkan 6 Kawasan Mempunyai Lebih 40 Kes COVID-19 Sebagai Zon Merah

Mana-mana kawasan yang dilaporkan mempunyai kes Covid-19 melebihi 40 kes akan diletakkan di bawah senarai zon merah. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu untuk memastikan pihak KKM boleh memberi tumpuan yang khusus terhadap daerah atau kawasan yang terjejas.

Ini juga sebagai langkah pencegahan yang proaktif dalam menangani penularan wabak ke kwasan yang lain. Kawasan yang telah dikategorikan di bawah zon merah ditentukan mengikut geolokasi dan menerusinya pihak KKM dapat mengenalpasti setiap kawasan di setiap negeri yang terlibat.

Advertisement

kawasan zon merah juga akan melibatkan pihak Pejabat Kesihatan Negeri yang akan turut memberi fokus mengawal kes jangkitan daripada meningkat. Pelaksanaan pencegahan awal dapat dilakukan sekiranya pihak KKM dapat mengenal pasti kawasan zon merah dengan lebih pantas.

ujian persampelan

Sehingga semalam, sebanyak 6 kawasan atau daerah dari seluruh negara telah dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak Covid-19.

Berikut adalah daerah yang dilabel sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi:

  • Petaling Jaya (96 kes)
  • Lembah Pantai (90 kes)
  • Hulu Langat (75 kes)
  • Johor Bahru (52 kes)
  • Seremban (42 kes)
  • Titiwangsa (40 kes)

Sementara itu, KKM akan meningkatkan keupayaan pensampelan sehingga 16,000 sehari menjelang April ini. Setiap hari anggaran KKM mampu untuk menjalankan ujian pensampelan ialah sebanyak 3,500.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...