Hari demi hari, kes positif COVID-19 semakin meningkat. Jalanraya penuh dengan kenderaan tidak kira waktu. Apatah lagi, dengan sambut tahun baru, pusat membeli-belah dipenuhi dengan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini tidak termasuk lagi, sikap tidak endah sesetengah rakyat Malaysia yang tidak mempedulikan langsung SOP yang ditetapkan.
Malah, ada juga individu yang dengan sikap selamba tidak memakai facemask dan masih lagi berdegil dan mengadakan majlis keramaian tanpa sebarang rasa bersalah. Tidak dilupakan juga golongan individu yang berkeras untuk melancong, berbasikal secara berkumpulan dan macam-macam lagi.
Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham dalam sidang media telah memberitahu bahawa KKM kini sedang mengkaji model atau strategi yang digunakan di Sarawak untuk mengawal penularan COVID-19.
Namun, segala strategi atau susun atur yang dicadangkan hanya sekadar cadangan dan keputusan muktamad berada di tangan kerajaan.
KKM masih lagi tidak dapat menurunkan kebolehjangkitan dari R-naught 1.1 ke 0.5.
Namun demikian ini tidak bermaksud bahawa segala usaha yang dilaksanakan sia-sia. Sejak 14 Oktober, jumlah lonjakan kes berjaya dikawal namun ia tidak seperti yang diharapkan.
Tidak dilupakan juga mangsa banjir di Selangor, Terengganu, Perak, Pahang dan Johor yang pastinya meletakkan mereka dalam golongan yang cukup berisiko.
Sudahlah dengan sifat yang tidak endah dalam mematuhi SOP. Hadkanlah perjalanan anda dan hanya keluar bila perlu.