KKM Cadang Rentas Negeri Sambut Hari Raya Aidilfitri Ditangguhkan

COVID-19

KKM Cadang Rentas Negeri Sambut Hari Raya Aidilfitri Ditangguhkan

Terkini, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan merentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini, ditangguhkan susulan situasi penularan COVID-19 masih membimbangkan ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia berikutan rungutan dan rayuan pelbagai pihak supaya kerajaan menangguhkan kebenaran pergerakan berkenaan.

“Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga 28 April ini.

Advertisement

“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan”

Rentas negeri dicadang tangguh

Gambar Hiasan

“Program vaksinasi (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field’ di pejabatnya, hari ini.

Malaysia mencatat 1,889 jangkitan baharu COVID-19, semalam, meningkat berbanding 1,767 kes, kelmarin.

Ditanya kemungkinan mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk merentas negeri pula, Dr Adham berkata, pihaknya masih menunggu dapatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sebelum keputusan berkaitan dibuat.

“Kita masih menunggu dapatan itu untuk mendapatkan keputusan sama ada perkara ini boleh dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham memaklumkan, pihaknya menerima aduan berhubung kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikesan di beberapa lokasi bazar Ramadan seluruh negara.

Rentas negeri dicadang tangguh sambut raya

Gambar Hiasan

Beliau menegaskan, kerajaan memandang serius perkara itu dan tidak menolak kemungkinan bazar Ramadan akan ditutup jika wujud kluster baharu yang dipercayai daripada aktiviti bazar.

“Kalau kluster bazar wujud, kita (KKM) akan melakukan siasatan melalui rekod aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan punca yang tepat. Mudah bagi kita mengesan punca atau tempat bermula jangkitan.

Rentas negeri dicadang tangguh sambut raya

Gambar Hiasan

Jika penganjur didapati tidak bertanggungjawab, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun.

Mengenai kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun terhadap individu yang gagal mematuhi SOP, beliau berkata, lantikan bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) itu bertujuan memastikan tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan adalah tinggi.

Lapor Bernama juga, KKM akan menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan pegawai penguat kuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompaun kesalahan bawah Akta 342, termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan yang berkuat kuasa, semalam.

Jangan lupa patuh SOP ya korang, semoga kes Covid-19 ini dapat dibendung segera agar kita dapat sama-sama pulang ke kampung halaman. Aamiin.

SUMBER.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...