KKBOX- Muzik Di Hujung Jari Anda

Hiburan

KKBOX- Muzik Di Hujung Jari Anda

Sepanjang menggunakan smartphone, ada 3 applikasi yang sering Abang Nara gunakan. Facebook untuk ketahui perkembangan kawan-kawan, Twitter untuk berborak kosong dan Instagram untuk lihat gambar-gambar artis tempatan. Baru-baru ini Abang Nara telah terjumpa satu lagi applikasi yang amat best lebih-lebih lagi untuk penggemar muzik macam diri ini. Applikasi ini tak lain tak bukan ialah KKBOX.

kkbox

Advertisement

Dengan lebih 10 juta lagu untuk didengari, KKBOX membolehkan Abang Nara mendengar lagu-lagu kegemaran pada bila-bila masa dan di mana-mana saja dengan amat mudah sekali. Apa yang paling Abang Nara suka mengenai KKBOX ialah pilihan lagu tempatan yang amat banyak sekali. Lagu Yuna, lagu Fynn Jamal, lagu Altimet, lagu Ungu semuanya ada. Paling menarik, lagu-lagu Kpop pun banyak jugak. Big Bang, 2NE1, Taeyang dan hampir kesemua lagu terbaru ada untuk dimuat turun di KKBOX. Awesome kan?

kkbox

KKBOX bukan sahaja boleh digunakan di smartphone (boleh download di Google PlayStore/Apple AppStore), tablet macam iPad dan komputer pun boleh jugak. Lagi hebat apabila kesemua ‘device’ ini akan ‘sync’ sesama sendiri secara automatik. Contohnya, Abang Nara ‘download’ lagu Arjuna Beta di smartphone dan letak ia di dalam playlist ketika tengah memandu. Apabila sampai di rumah dan buka applikasi KKBOX menerusi laptop Abang Nara, lagu Arjuna Beta tersebut dah ada dah dalam playlist. Sebijik seperti yang Abang Nara buat kat smartphone tadi. Hebat kan? Satu lagi fungsi KKBOX yang awesome pada pendapat Abang Nara ialah fungsi karaoke di mana lirik lagu yang anda sedang dengar akan dipaparkan. Senang sikit nak hafal lagu kegemaran Abang Nara. Hehehe.

kkbox

Untuk pengguna KKBOX Malaysia, terutamanya penggemar lagu Melayu, pihak KKBOX telah menyediakan user interface khas Bahasa Malaysia khas untuk anda semua. Kesemua lagu-lagu popular tempatan akan dimuatkan di sini. Senang sikit nak cari lagu-lagu kegemaran anda. Selain itu KKBOX turut memberikan peluang untuk anda berinteraksi, kongsi lagu dan mendengar lagu bersama-sama penyanyi tempatan menerusi segmen “Listen With Artists”. Tak silap Abang Nara kumpulan Forteen pernah turut serta dalam segmen nie.

kkbox

Secara jujur, lepas 10 minit mencuba applikasi KKBOX, Abang Nara dah faham cara-cara nak menggunakannya. Interfacenya sangat mudah, senang difahami dan paling penting, mudah nak cari lagu kegemaran Abang Nara. KKBOX adalah percuma untuk dimuat turun dan sekiranya anda mendaftar dengan Facebook, boleh dapat 7 hari langganan PERCUMA. Selepas 7 hari mencuba KKBOX, Abang Nara percaya korang akan sangat berpuas hati dan mahu terus menggunakannya. Jangan risau tak mahal mana pun. Berikut ialah pakej langganan yang ditawarkan oleh KKBOX:-
1. RM1 untuk sehari langganan
       2. RM4.90 untuk 7 hari langganan
       3. RM14.90 untuk 30 hari langganan
       4. RM44.70 untuk 90 hari langganan dan dapat 5 hari lagi PERCUMA
       5. RM178.80 untuk 1 tahun langganan dan dapat 1 bulan PERCUMA

kkbox

Dan khas untuk pembaca BeautifulNara yang disayangi, Abang Nara nak bagi 3 baucar percubaan KKBOX selama 90 hari dan 20 baucar percubaan KKBOX selama 7 hari secara PERCUMA kepada anda. Ini kerana Abang Nara nak anda sendiri rasai kehebatan KKBOX ini. Lepas itu jangan lupa bagitau kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain supaya mereka pun boleh rasa betapa bestnya KKBOX ini. Cara nak dapat baucar ini senang sahaja, hanya perlu muat turun applikasi KKBOX, ambil satu screenshot sebagai bukti dan hantar screenshot tersebut ke [email protected]. Siapa cepat dialah yang akan dapat. Hehehe.

kkbox

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun applikasi KKBOX sekarang jugak. Untuk informasi lanjut, layari laman web KKBOX dan LIKE Facebook KKBOX Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...