KJ Tenang Terima Pendapat Pembangkang Dalam Parlimen

Trending

KJ Tenang Terima Pendapat Pembangkang Dalam Parlimen

Baru-baru ini, berlaku Sidang Parlimen melibatkan perbincangan daripada Khairy Jamaluddin dengan blok pembangkang bagi membincangkan isu yang hangat berlaku.

Sudah semestinya rakyat mengharapkan agar para menteri mampu menyelesaikan masalah yang terjadi dengan perbincangan sewaktu sidang Parlimen itu.

Advertisement

6 bulan lalu

Ahli Parlimen Tak Puas Hati, Minta Dr Adham Bagi Salinan Penerangan?

Namun akhir-akhir ini, netizen mempertikaikan sidang tersebut selalu berlaku pertengkaran dan perbalahan semasa membincangkan isu-isu hangat.

Sikap tolak ansur 

Disebalik ketegangan antara pembangkang dan kerajaan, terdapat juga sedikit sifat tolak ansur kerajaan yang menjawab tenang kenyataan daripada blok pembangkang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah mendapat pujian daripada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Advertisement

“Excellent Menteri”

Hal itu kerana, Khairy dengan tenang menjawab persoalan daripada blok pembangkang selain turut bersetuju dengan pendapat mereka tanpa menimbulkan perbalahan.

sidang parlimen

Isu pendaftaram Zurex Pharma

Menerusi video yang dikongsikan oleh Astro Awani di laman Twitternya, KJ telah ditanya soal perkara yang menjejaskan pendaftaran Zurex Pharma untuk Moderna.

Namun Khairy dengan tenang menjawab, bersetuju dengan persoalan itu selain turut menjawab perkara itu akan didaftarkan secepat mungkin.

Mungkin boleh jalankan kerjasama

Selain itu, beliau juga memaklumkan kerjasama yang boleh dibuat bagi menangani isu melibatkan vaksinasi di Malaysia dengan supaya lebih teratur.

Menerusi ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen telah memberikan pujian terhadap sikap tenang mereka yang bersetuju dengan pendapat masing-masing.

Advertisement

respon netizen untuk sidang parlimen komen netizen untuk sidang parlimen

Netizen juga turut berharap agar ahli parlimen dapat bekerjasama dalam sebarang isu kritikal lebih-lebih lagi yang membabitkan rakyat supaya dapat diselesaikan dengan cara yang mudah.

Kerjasama yang dijalankan sedikit sebanyak mampu melegakan hati rakyat selain turut membantu dalam menyelesaikan masalah dengan lebih cekap.

Video yang dikongsikan di lama Twitter itu kini telah mencapai lebih 178,000 jumlah tontonan serta 4000 tweet semula.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...