KJ & Shahril Cari Roti Durian Yang Tengah Viral! Sampai Sanggup Kejar “Uncle Roti”

Branded

KJ & Shahril Cari Roti Durian Yang Tengah Viral! Sampai Sanggup Kejar “Uncle Roti”

Siapa ingat lagi masa kecil-kecil dulu selalu kejar uncle roti balik sekolah, tak pun masa main dekat taman permainan, nak beli roti dan “jajan”. Bila imbau balik semula, best betul masa zaman tu!

Generasi sekarang ni dapat ke agaknya merasa pengalaman kita dulu-dulu? Nak jumpa “uncle roti” sekarang pun macam susah kan?

Dengar cerita, dalam episod baru pod siar “Keluar Sekejap Lagi”, KJ dan Shahril sampai cari merata “uncle roti”, semata-mata nak makan roti krim Durian Gardenia yang tengah viral sekarang ni.

Nak Imbau Semula Kenangan Waktu Kecil, KJ & Shahril Pusing Satu Damansara Cari Abang Roti Man

Semuanya bermula apabila Shahril beli roti Gardenia QuickBites perisa Strawberi dan Durian untuk dijadikan alas perut sebelum mereka ke set pod siar.

‘I don’t know about you, but it is still the same, waktu kecil dahulu. Walaupun Gardenia dah berada dalam market selama 40 tahun, rasanya masih tetap sama’, ungkap Shahril ketika beliau sedang menikmati roti Gardenia perisa Strawberi.

Tambah KJ, ‘rasa roti Gardenia ni unmistakeable. Kalau buat blind test pun boleh dapat teka roti Gardenia tu’, menyokong Shahril soal konsisten rasa keenakan inti roti Gardenia.

Dari situ, KJ dan Shahril mulalah terimbau semula kenangan waktu kecil mereka, di mana mereka cerita pengalaman roti man masa zaman sekolah dulu.

‘Gardenia sebenarnya dah jadi sebahagian daripada childhood kita, its a comfort food, nostalgia food, consistent, sedap. And then roti Gardenia dulu you beli dekat mana?’, soal KJ dan kemudian Shahril jawab, ‘Beli dekat roti man, dekat luar sekolah’.

Jawapan Shahril itu membuatkan KJ tertanya-tanya kalau roti man masih ada lagi ataupun tidak masa kini, dan Shahril jawab, ‘Eh, masih ada lagi. Tapi, saya ada sumber yang kata roti man ni dia ada kawasan sendiri yang dia jaga, dan dia tak boleh masuk kawasan lain, kira abang kawasan lah” tambah mereka lagi.

Dalam pada mereka rancak berborak, nasib baik mereka terjumpa abang roti man. Haa, mereka pun ambil lah peluang ini untuk hidupkan semula kenangan waktu kecil dengan beli roti daripada abang tersebut.

Alang-alang tu, disebabkan mereka ada borak tentang abang roti man jaga kawasan tersendiri, mereka pun sempatlah temu bual abang tersebut.

Kalau anda nak tahu, apakah respon abang roti man dan kenapa mereka hanya boleh jaga kawasan mereka sendiri saja, pastikan anda tonton episod baru pod siar Keluar Sekejap Lagi di YouTube.

Selalu SOLD OUT, Roti Gardenia QuickBites Comeback Dengan Perisa Strawberi & Durian

Siapa yang membesar dengan roti Gardenia QuickBites memang akan selalu menjadi pilihan bila kita perlukan kudap-kudapan betul tak?

Antara perisa yang selalunya menjadi rebutan ramai sehingga ke hari ini adalah perisa Jagung, Coklat dan Vanila. Haa, perisa-perisa ini jugalah yang biasanya kita beli setiap kali berhenti dekat stesen minyak, ataupun kedai serbaneka, sebab cepat, mudah dan mengenyangkan!

Tahu tak, sekarang ni dah banyak perisa lain yang Gardenia perkenalkan dalam siri QuickBites ni, dan yang paling latest adalah perisa Strawberi dan Durian.

Sekarang ni ramai tengah hunting Roti Krim Perisa Durian dan Strawberi dekat mana-mana pasaraya berdekatan sebab tengah viral, termasuklah KJ dan Shahril!

Ini menunjukkan roti Gardenia sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia sehingga kini!

Korang dah beli ke belum roti perisa Strawberi dan Durian Gardenia QuickBites? Kalau belum, cepat-cepat pergi beli, nanti habis!

Dengar kata Gardenia nak buat satu kejutan besar untuk semua peminat dan juga pelanggan setia mereka! Nak tahu apa tu? Jom layari , layari laman web rasmi Gardenia, atau ikuti media sosial di Facebook atau Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...