KJ Letak Jawatan Sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah

Trending

KJ Letak Jawatan Sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah

Bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan YB KJ telah melepaskan jawatan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.

Beliau telah menulis status tentang perletakan jawatan itu di akaun twitternya hari ini dan mengejutkan ramai orang terutama pengikut twitternya.

Advertisement

“Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi Komander”

Surat permohonan peletakan jawatan dan pembatalan tauliah telah dihantar kepada Mej Jen Datuk ZainalAsisten Panglima bahagian Pasukan Simpanan (AP BPS).

Khairy merupakan menteri kabinet pertama Brigadier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah.

Beliau menyertai Askar Wataniah pada 20 Januari 2010 sebelum ditauliah sebagai Kolonel pada 28 Oktober 2013 dan pernah menyertai beberapa latihan ketenteraan di Negeri Sembilan dan Melaka.

Rata-rata pengikutnya di twitter meluahkan rasa kesal dan mempersoalkan tentang tindakan yang dibuat oleh KJ. Buat masa sekarang hanya YB KJ yang tahu sebab sebenar beliau meletakkan jawatan dan tiada sebarang penerangan yang dibuat.

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...