KJ Cuba Jadi “Mat Bangla” Sapu Sampah, Dikenali Dengan Nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury

Trending

KJ Cuba Jadi “Mat Bangla” Sapu Sampah, Dikenali Dengan Nama  Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), bakal muncul dalam satu babak filem pendek berdurasi 5 minit dengan melakonkan watak seorang ‘mat bangla’ yang dikenali dengan nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury.

Advertisement

Filem pendek itu dibuat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal kitar semula dan menjaga alam sekitar.

“Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury dari Chittagong, Bangladesh bakal tampil dengan filem pendek (5 minit) baharu untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar. Ahmad Khairy sangat kagum dengan dasar kitar semula di negara angkat beliau, Meleishia.

“Tapi sebelum semua confuse, dalam gambar ini saya, bukan Ahmad Khairy dari Bangladesh. Saya main watak Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia. Respek kepada abang2 Alam Flora dan waste management ni. Bila dah ‘pakai kasut’ mereka barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini.

“Asingkan di punca!”, ujar KJ di laman Facebook beliau.

Sementara itu, posting tersebut turut menarik perhatian orang ramai memuji apa yang dilakukan oleh KJ itu.

“Hebat…Tahniah YB,…seorang Pemimpin generasi muda yang berjiwa rakyat dan senantiasa dengan nilai”murni,,, semoga menjadi contoh kepada anak” muda….terus kan perjuangan YB..semoga senantiasa Semangat dan Sukses, Insyaallah niat yang baik allah permudahkan.Amin,, YB Terbaik……..”, tulis Uji Rahayu.

Mazz Lann pula berkata “Apa org nak cakap cakap lahh…YB KJ is the best ever Minister!!”.

“Terbaik KJ , tunjukkan kpd pemuda2 kita bahawa walau apa jua kerja yg halal adalah mulia berbanding hanya mengomel, melepak dan merempit tak tentu hala sampai subuh…. tu.”, tulis Saifudin Jumat pula.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...