Seperti yang kita tahu, pelbagai ketetapan dan arahan baru yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan virus Covid-19 sejak negara kita dilanda wabak pandemik tersebut.
Salah satu perkara yang paling ditekankan adalah pemakaian pelitup muka, tidak kisahlah sama ada jika hendak masuk ke sesuatu premis ataupun berjalan di tempat terbuka. Ketetapan ini boleh dikatakan sudah menjadi norma baharu kepada kita jika berada di luar rumah.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut menyarankan agar masyarakat mengenakan double mask ketika keluar dari rumah bagi mendapatkan perlindungan maksimum daripada dijangkiti virus Covid-19.
Disebabkan itu, individu yang ingkar dengan arahan tersebut serta ditangkap enggan memakai pelitup muka bakal berdepan hukuman serta denda yang mempu mencecah sehinggan ribuan ringgit.
‘Mat Salleh’ mengamuk dihalang masuk butik
Namun, terdapat sebuah kejadian melibatkan pemakaian pelitup muka apabila seorang individu warganegara asing dilihat melenting selepas dihalang memasuki sebuah premis.
Hal itu selepas dia didakwa enggan memakai pelitup muka yang merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang paling penting ketika memasuki sesebuah premis.
Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter daripada seorang pengguna bernama @DFEfiercefun, wanita warganegara asing itu turut dilihat ‘berlaga mulut’ dengan pekerja butik tersebut sehingga menimbulkan kekecohan.
Was in a que at @Dior KLCC!!! No entry for no mask!!! This lady resisted and said those with masks are communist!! Applying “white entitlement” in Malaysia!! Kudos to the @Dior KLCC and @SuriaKLCCMall staff @Khairykj @KKMPutrajaya please find and fine her!!! pic.twitter.com/hXzi9difRg
— DFE (@DFEfiercefun) October 27, 2021
Menerusi kapsyen hantaran tersebut, pengguna itu menyatakan yang wanita itu pada mulanya sedang beratur memasuki sebuah Butik Dior di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC).
Sehingga tiba gilirannya, dia dihalang oleh kerana tidak memakai pelitup muka sebelum bertindak meninggikan suara serta merakam kejadian tersebut menggunakan telefon pintarnya.
Selain itu, wanita itu juga turut dikatakan menuduh mereka yang memakai pelitup muka sebagai komunis malah dia juga turut meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih kepada pekerja tersebut.
Khairy Jamaluddin beri respon isu wanita warga asing mengamuk
Mungkin menyedari dirinya terpanggil dengan kejadian tersebut, Khairy Jamaluddin turut tampil memberikan respon balas terhadap kejadian yang berlaku itu.
Menurutnya, beliau menegaskan agar orang ramai khususnya pelancong asing yang memasuki Malaysia supaya memakai pelitup muka ketika berada di setiap lokasi awam di Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi laman Twitternya baru-baru ini dengan meminta setiap individu untuk memakai face mask tanpa mengira perbezaan peraturan di tempat lain.
“When in Rome do as the Romans do.”
When in Malaysia, please mask up. Regardless of the rules elsewhere. @KKMPutrajaya is getting more information from KLCC.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) October 27, 2021
Menerusi ciapannya itu juga, Khairy turut berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah di KLCC berhubung kejadian tersebut.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin yang setia dalam menjaga peraturan berkenaan SOP bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara