July 26th, 2010

//Baca ini dahulu sebelum membaca artikel terbaru di bawah//

Dalam diam sudah 2 tahun lebih Abang Nara bergelar seorang pekerja. Bila dah bekerja nie terasa cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah 7 bulan berlalu untuk tahun 2010. Bila selongkar gambar-gambar lama, terjumpa gambar masa pergi interview dulu. Terkenang pengalaman turun naik pejabat untuk dapatkan kerja. Penat wei ~~

kiwi shine

Kini tibalah giliran adik Abang Nara pulak untuk mencari kerja. Dia baru grad dan masih tersangat blur lagi-lagi bab nak pergi interview nie. Etika berpakaian memang hancur. Cuba korang bayangkan ada ke patut dia nak pergi interview kerja pakai macam kat bawah tue.

kiwi shine

Terus Abang Nara marah dia dengan kata-kata begini:-

“Kau nie memang takkder attire for surefire success langsung. Kalau kau pergi interview macam nie, confirm kena reject punya. Dah la pakai seluar jeans. Kasut pulak kaler putih. Memang fail. Sila baca panduan berpakaian yang betul kat website Shineatwork nie “

Oleh kerana dia menghormati abangnya yang dah perpengalaman, maka adik Abang Nara pun terus melayari website Shineatwork. Lama jugak dia online tengok website tue. Siap tulis nota-nota penting lagi. Tak lama lepas tue, dia panggil Abang Nara untuk tengok penampilan baru dia untuk pergi interview.

shineatworklatest

Melihat penampilan barunya, terus Abang Nara berkata:-

“Ha, macam nie baru ada gaya nak pergi interview sikit. Tie pun pakai, baju kaler putih, seluar slack dan yang paling penting kasut hitam. Tapi aku tengok ada yang tak kena sikit dengan kasut hitam tue. Tak cukup berkilat lagi.”

kasut hitam

Walaupun nampak remeh, kekilatan kasut kita semasa pergi interview sebenarnya memainkan peranan penting untuk menentukan kita berjaya atau gagal di dalam interview tersebut. Ada research yang menunjukkan bos-bos seluruh dunia menentukan pengambilan pekerja berdasarkan kekilatan kasut calon-calon yang ditemuduga.

kiwi shine

Untuk mereka-mereka yang masih sibuk pergi interview ataupun baru sahaja memulakan kerjaya anda, Abang Nara sangat-sangat mencadangkan website Shineatwork ini. Banyak tips-tips menarik yang memang sangat sesuai dengan budaya ofis di Malaysia ini. Antaranya ialah:-

1. Cara pemakaian yang betul bila anda pergi ofis
2. Cara-cara dan tips-tips untuk naik pangkat cepat
3. 10 perkara yang anda TAK patut cakap kepada boss anda.
4. Teknik merahsiakan affair dengan rakan seofis anda
5. Tabiat di rumah yang anda TAK patut bawak ke ofis

kiwi shine

Abang Nara tinggalkan anda semua dengan website Shineatwork ini untuk anda terokai sebab Abang Nara nak tolong kiwikan kasut adik Abang Nara yang nak pergi interview esok. Kalau anda pun nak pergi interview atau nak pergi kerja, jangan lupa kiwi kasut tue. Baru nampak lebih handsome dan professional. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...