Penyanyi Ernie Zakri menyatakan sokongan terhadap kempen ‘boikot’ yang disasarkan kepada pempengaruh media sosial, Jofliam, berikutan kenyataannya yang didakwa meremehkan penggunaan epidural semasa proses bersalin.
Kenyataan kontroversi itu dipercayai merujuk kepada bekas isterinya, Cik Epal, yang menggunakan epidural ketika melahirkan anak.
Ernie berkongsi sokongannya terhadap gerakan tersebut menerusi satu hantaran di platform X, menyatakan hasrat untuk turut serta dalam kempen berkenaan.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen, khususnya golongan ibu yang pernah melalui pengalaman bersalin menggunakan kaedah epidural.
Ramai yang berpandangan bahawa kenyataan sedemikian tidak wajar diucapkan oleh seseorang yang sepatutnya menghormati wanita, lebih-lebih lagi terhadap bekas isteri yang telah melahirkan anak-anaknya.
Terdahulu, tular satu perbualan mesej langsung (DM) antara Jofliam dan seorang pengguna di Instagram yang memperlihatkan seolah-olah dia memperlekehkan Cik Epal kerana melahirkan anak dengan bantuan epidural.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.