“Kitaorang Tak Tinggalkan Dia Pun..” – Peguam ‘Upload’ Foto Bersama, Tayang Keakraban Dengan Siti Bainun

Kehidupan

“Kitaorang Tak Tinggalkan Dia Pun..” – Peguam ‘Upload’ Foto Bersama, Tayang Keakraban Dengan Siti Bainun

Beberapa hari yang lalu, kita dimaklumkan dengan satu berita mengenai kesemua peguam bela Siti Bainun menarik diri dalam kes mengabai serta mendera remaja istimewa, Bella.

Susulan berita tersebut tersebar, peguam Nurul Hafidzah Hassan telah tampil memberi penjelasan sebab menarik diri dan kini, melalui platform Facebook, seorang peguam lain bernama Asiah Abd Jalil pula memberi penjelasan.

Advertisement

Menurutnya di hantaran tersebut, biarpun sudah tidak menjadi peguam kepada pemilik Rumah Bonda itu, dia sama sekali tidak akan meninggalkan Siti Bainun begitu saja.

Malah, peguam bernama Asiah itu menafikan bahawa dia meminggirkan Siti Bainun, sebaliknya sebab menarik diri kerana berlaku pertindihan tarikh mahkamah.

News tulis berita macam kitaorang dah abadon Bainun terus. Kalau tak bertindah, kitaorang happy aje nak terus mewakili Bainun.

Sekadar info, pada 24 November tahun lalu, wanita bernama Siti Bainun telah diperintahkan untuk membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan remaja down sindrom hingga mengakibat gadis terbabit mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Peguambela siti bainun tarik diri
2 years ago

"Dulu Menari Sakan.." - 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri Kes Penderaan Adik Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...