Belum reda dengan isu memerli golongan B40 di laman media sosial, sekali lagi nama Ryzal DurianKimchi menjadi sasaran kecaman netizen setelah memuat naik satu video di Instagramnya, baru-baru ini.
Video bertemakan ‘get ready with me‘ itu telah merakam pempegaruh tersebut menyarung satu set baju serta seluar pendek selepas memakai celana ketat panjang di bahagian dalam.
View this post on Instagram
Dalam kapsyen video tersebut, Ryzal memberitahu bahawa pemakaiannya itu adalah salah satu cara memakai seluar pendek patuh syariah.
Bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan itu tidak dipersetujui oleh netizen dan rata-rata menganggap pemahaman suami Maryam itu kurang tepat.
Tidak mendiamkan diri, Ryzal tampil pertahankan diri dengan membalas ciapan salah seorang netizen yang menegurnya itu, lalu persoalkan dari kitab mana individu terbabit rujuk.
Individu berkenaan turut membalas semula dengan memberi penjelasan bahawa hukum memakai pakaian ketat bukan saja tidak dibenarkan untuk kaum wanita, malah lelaki juga kerana ia dikira aurat jika menampakkan bentuk tubuh badan.