Sebelum ini, kita dikhabarkan dengan satu berita gembira daripada penyanyi, Elyana yang memaklumkan bahawa dia telah disahkan bebas kanser setelah 11 tahun menderita penyakit itu.
Namun, baru-baru ni Elyana mendedahkan bahawa ada segelintir pihak dan rakan-rakan karibnya telah menyebarkan dakwaan bahawa dia menipu mengenai kanser limfoma yang dialaminya.
Penyanyi lagu Kalis Rindu itu bagaimanapun tidak mengambil pusing dan menganggap mereka itu tidak memahami ‘penderitaan’ yang dialaminya sebelum ini.
Saya memang rasa kecewa sebab saya sudah sakit lebih 10 tahun. Kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah sebab tak ada siapa yang dapat hantar.
Namun, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal berkata, dia telah pun memaafkan semua pihak yang pernah melontarkan fitnah terhadap dirinya.
Saya anggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tak tahu struggle saya macam mana.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan buat orang di luar agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelum melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang.
Bagi saya, saya tak akan menipu mengenai sakit. Tak mungkin, sebab setiap kata itu adalah doa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.