Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi pendapat dan pandangannya tentang isu tidak saling mengikuti di media sosial yang sering kali menjadi isu dalam kalangan pengguna.
Menerusi Threads, suami kepada Neelofa itu menulis, sekiranya seseorang itu tidak ‘follow back’ di akaun media sosial tidak semestinya kerana membenci individu terbabit.
Kadang kita tak follow-back bukan kerana benci. Tapi simply because saya tidak mahu diganggu dengan apa yang dibawa pemikiran awak.
View this post on Instagram
Tambah PU Riz atau Muhammad Haris Mohd. Ismail, sebagai manusia setiap individu mempunyai kelemahan masing-masing jadi lebih baiklah menjaga hati dengan cara tidak terlalu ambil tahu tentang perkara yang boleh mengganggu fikiran.
Percayalah ini bukan masalah orang. Kita yang hati lemah, jadi lebih baik tidak ambil tahu daripada sakit sendirian.. Jaga fikiran kita, insyaAllah selamat.
View on Threads
Ramai bersetuju dengan pendapat pendakwah berusia 30 tahun itu dan masing-masing akui mengawal emosi dan menjaga kesihatan mental di zaman media sosial ini memang mencabar.