Membalas kenyataan Edry, Michael menerusi akaun Facebooknya mempersoalkan mengapa sebagai pendengar beliau tidak mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.
Michael juga menjelaskan beliau tidak pernah bersikap rasis ataupun mempertikaikan kemenangan Sufi seperti yang disalah faham oleh rakyat Singapura dalam status Twitternya beberapa hari lepas.
Pada org Singapura sila faham saya bukan anti Singaporean untuk bertapak di Malaysia! Saya Hanya komen pasal Sufi as a MATTER OF PREFERENCE! Saya tak pernah mempertikaikan kemenangan Sufi Dia Boleh nyanyi dgn bagus tapi cuma saya tak minat sangat lebih minat Suara BILA itu namanya PREFERENCE.
Ada benda u Suka I tak Suka Ada benda I Suka u tak Suka! That is all! So tak payah nak Bagi komen yang berbau racist or patriotisma! And pada keratan suratkhabar ni saya Bagi pendapat sebagai peminat and pendengar muzik.
Kalau pendapat Kita yg beli lagu tak relevant pendapat siapa yg relevant? Itu namanya buat lagu SYOK SENDIRI! Sama jugak pendapat CEK TA Dia sepatutnya terima bukan maki Cek Ta balik! So kalau tak main badminton aku tak Boleh la komen pasal permainan Pemain tersebut? Mentality bodoh apa ke tu? Jgn jadi katak bawa tempurung kalau tak mcm tu mcm tu aje lagu2 Kita!
Semakin hari nampaknya bahang semakin terasa apabila banyak pihak tidak berpuas hati dengan kemenangan Sufi AF2015. Apa salahnya kalau kita buka sedikit minda untuk menerima segala pendapat, tidak mahu lah nanti setahun dua sahaja wujud dalam industri lepas itu terus senyap.