“Kita Tutup Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita Sis” – Wanita Didakwa ‘Kekasih Gelap’ Hafidz Roshdi Bersuara

Hiburan

“Kita Tutup Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita Sis” – Wanita Didakwa ‘Kekasih Gelap’ Hafidz Roshdi Bersuara

Baru-baru ini, wanita yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Shuhada adalah wanita bertudung dikenali sebagai Athirah Yuhada.

Setelah ‘kantoi’ tangkap layar mesej bersama pelakon lelaki tersebut, dia telah pun menyahaktifkan akaun Instagram, barangkali mahu elak dari dikecam teruk oleh netizen.

Advertisement

Tetapi, difahamkan akaun tersebut telah dinyahaktifkan semula tetapi di dalam mod privasi agar orang terdekat sahaja yang dapat melihat aktivitinya dalam Instagram.

status ig girlfriend hafidz roshdi

Melalui laporan sebuah portal hiburan, wanita terbabit telah memuat naik foto dua pasang kasut matching berwarna hitam putih dan jelas terlihat ia adalah kaki lelaki serta perempuan.

Di foto yang dimuat naik di Instagram Story itu, wanita tersebut juga menulis satu status pendek dimana memberi pesanan kepada seseorang untuk menjaga aib orang lain dan aib sendiri akan terjaga.

Sehingga kini, pelakon yang pernah popular dengan drama Tundukan Playboy Itu masih belum memberi sebarang kenyataan ataupun penjelasan mengenai isu curang ini dan masih tenang membuat live di platform media sosialnya.

1 year ago

"Jahat Mana Pun Kita, Jangan Tinggal Solat" - Hafidz Roshdi Kekal Tenang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...