“Kita ‘Trolling’ Bola, Bukan Main Personal” Penyokong Manchester City ‘Body Shaming’ Afdlin Shauki Mohon Maaf

Hiburan

“Kita ‘Trolling’ Bola, Bukan Main Personal” Penyokong Manchester City ‘Body Shaming’ Afdlin Shauki Mohon Maaf

Pelakon serta pengarah terkenal, Afdlin Shauki mengucapkan terima kasih kepada seorang penyokong pasukan bola sepak Manchester City yang memohon maaf kepada dirinya setelah menggelarnya ‘gemuk’.

Penyokong pasukan bola sepak yang dikenali sebagai ‘The Citizens’ itu telah meninggalkan komen berunsur body shaming pada sebuah hantaran yang dibuat oleh Afdlin di Facebooknya.

Advertisement

Kerana beranggapan hal yang dilakukan oleh individu terbabit agak kurang sopan, pelakon tersebut telah menegur jejaka itu yang sesuka hati melakukan body shaming.

Afdlin Shauki di body shamingSumber : Facebook 

Bagaimanapun, selepas beberapa jam, Afdlin memadam hantaran tersebut berikutan individu itu telah pun memohon maaf kepada beliau dan berkata tidak mahu memanjangkan isu terbabit serta berterima kasih kepada penyokong Manchester City berkenaan kerana mengaku kesalahannya.

Dalam pada itu, dia turut meninggalkan pesanan untuk semua orang di luar sana bahawa body shaming bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan kerana ianya salah disisi undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Bekas PM Najib bersalah
2021-12-08 11:32:15

Akhirnya Terjawab, Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Bekas PM Najib Razak Dikekalkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook