Written by AbangNara | September 23rd, 2015

Tanggal 16 September, seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia menyambut Hari Malaysia dengan semangat cintakan negara yang begitu berkobar-kobar sekali. Penuh kereta-kereta, rumah-rumah dan bangunan-bangunan dengan bendera Malaysia yang dikibarkan sebagai tanda bersyukurnya kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.

malaysia

Apa yang menarik perhatian Abang Nara sepanjang minggu Hari Malaysia itu ialah video daripada Digi yang berjaya menjumpai seorang rakyat Malaysia yang bernama “Malaysia”. Comel sungguh auntie yang nama penuhnya ialah “Malaysia Rani” ini. Ramai yang terkejut apabila mengetahui nama penuhnya mengandungi nama negara kita yang tercinta.

malaysia rani

Bila orang ramai diminta meneka namanya, kebanyakan memang gagal. Iyerlah, Abang Nara pun sepanjang hidup ini tak pernah lagi jumpa mereka yang bernama Malaysia. Lepas tengok video ini baru tahu rupa-rupanya nama Malaysia adalah nama negara yang paling banyak digunakan untuk pendaftaran.

Apa yang mengharukan Abang Nara ialah auntie Malaysia Rani ini pun tak pernah bertemu dengan mana-mana insan lain yang mempunyai nama serupa dengannya. Sedih juga mendengar luahan hatinya yang sedih, malu dan kecewa pada mulanya apabila seringkali diejek kerana namanya. Iyerlah, masa kecil-kecil kan kalau nama pelik sikit memang jadi mangsa bahan kawan-kawan.

Impian auntie Malaysia Rani untuk bertemu seseorang yang mempunyai nama serupa dengannya akhirnya tercapai jua. Malaysia dan Malaysia akhirnya dipertemukan. Kedua-duanya jelas nampak terharu sangat-sangat.

Walaupun nama Abang Nara tidak mempunyai Malaysia di dalamnya, tetapi semangat cintakan dan sayangkan negara ini memang sangat mendalam. Kita tidak perlu mempunyai nama “Malaysia” untuk hidup aman makmur, damai, bahagia dan sejahtera di negara sendiri. Kita juga tidak perlu bernama “Malaysia” untuk menghargai negara tercinta. Kita sebagai rakyat Malaysia, harus bersyukur dan berkongsi kegembiraan lahir sebagai seorang rakyat Malaysia.

malaysia

Selamat Hari Malaysia Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara. Semoga negara kita terus maju dan makmur. Panjatkan doa untuk kesejahteraan bumi ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Kita Tidak Perlu Bernama “Malaysia” Untuk Berkongsi Malaysia

  1. yeke says:

    Wowww….just wowww….proud to have malaysian citizen named after malaysia

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Kita perlu Najib berudur untuk berkongsi kekayaaan Malaysia.

    Pikir…

    0

    0
  3. Ye Ke? says:

    kite perlu menabung dr kecil utk beli cinci73 jutan…mcm kak semah.

    ok byeee.

    0

    0
  4. malaya nuqila says:

    Cikgu saya masa sekolah rendah pertengahan tahun 80-an namanya Rosni Malaysia binti Zainal. Dia dapat bubuh nama ni sbb dia lahir 31 Ogos. Stahu saya nama Malaysia dulu2 jgn harap nak dpt approve sembarangan suka-suki. Tv3 nama marina washington. Mngkin lahir kat sana. Org dulu2 pun dah letak gak nama tmpt diorg…al-kedahi, al-banjari, al-marbawi (merbau). Saya nti nak bubuh nama taman kat rumah ni..hahaha

    0

    0
  5. Lalala says:

    Roomate aku dl time form 4 tahun 1999..bapa dia nama Malaysia..so nama dia ruby binti malaysia

    0

    0
  6. buttercup says:

    Woww…. First time dngr orang bernama Malaysia…. Cute….

    0

    0
  7. ctz says:

    Lemahnya penggunaan bahasa nata

    0

    0
  8. ctz says:

    Lemahnya penggunaan bahasa nara

    0

    0
  9. Zabedah jubor says:

    Org kg aku nama malaysia gak tp prangai cm jalang..wat busuk nama malaysia tanah airku je

    0

    0
  10. manis says:

    Akak pernah tau orang nama Malaysia, orang melayu. Tapi yang ni orang india. Mungkin orang cina pun ada. Menggambarkan betapa bangganya nenek MalaysiaRani dan bapa Tun Malaysia dengan Negara Malaysia. Akak pun rasa nak nangis sebab terlalu sayangkan “MALAYSIA”. So please rakyat Malaysia, jagalah Negara kita….semua bangsa jangan gaduh-gaduh lagi ye….

    0

    0