Pelakon popular, Uqasha Senrose, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisah penuh emosi mengenai pengalaman kehamilan anak sulungnya, yang disifatkannya sebagai perjalanan luar biasa dipenuhi kekuatan dan kasih seorang ibu.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Uqasha mendedahkan bahawa sepanjang sembilan bulan mengandung, dia langsung tidak mengalami alahan atau ‘morning sickness’.
Masa bubu mengandungkan Qeyaa, sikit pun bubu tak mengidam, tak ada morning sickness.
Bubu seorang yang sangat penakut dan tak boleh tidur sorang, tapi masa tu bubu berani tidur sorang-sorang for 9 months.
Allah permudahkan semua.
Uqasha turut meluahkan rasa syukur kerana Allah mempermudahkan segala urusannya sepanjang tempoh kehamilan.
Dalam perkongsian itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini turut mendedahkan bahawa dia sangat rajin ketika hamil, malah masih sempat memasak dan menyediakan makanan untuk dihantar ke rumah adiknya, Nelydia Senrose, setiap hari.
Uqasha juga menyifatkan anak sulungnya, Qeyaa, sebagai anugerah terindah dan amanah paling berharga dalam hidupnya.
Dia berjanji untuk menjadi ibu terbaik buat anaknya serta sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi dan membesarkan permata hatinya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
